PENGENALAN

ASAL USUL TEH ROOIBOS

Rooibos merupakan sejenis pokok renek yang berasal daripada gunung Gifberg yang merupakan rankaian cederbeg di Africa selatan. perkataan Rooibos telah di ertikan sebagai belukar merah oleh masyarakat afrika. sejak dahulu lagi, masyarakat afrikan telah menggunakan  tumbuhan rooibos sebagai makanan dan minuman kesihatan mereka kerana terdapat pelbagai khasiat yang diperolehi daripada tumbuhan tersebut.



Nama saintifik rooibos adalah Aspalathus linearis yang merupakan tumbuhan renek mempunyai ketinggian 2m tinggi. Cabang muda tumbuhan ini berwarna kemerahan manakala daunnya berwarna hijau dan menirus seperti jarum.Panjang daun sekitar, 15-60 mm dan ketebaln 1 mm. Tumbuhan ini tidak mempunyai jerami dan tumbuh padat antara satu dengan yang lain. pada musim bunga sehingga musim panas tumbuhan ini akan mengeluarkan Bunga-bunga yang berwarna kuning. tumbuhan ini juga menghasilkan buah yang berbentuk kecil dan berbiji keras 


Aspalathus linearis mempunyai nilai ekonomi yang besar. Ia pertama kali digunakan oleh orang-orang asli di kawasan Cederberg dan kini merupakan teh yang sangat popular. Ia dianggap sihat kerana ia bebas kafein dan anti-oksida. Ia bukan sahaja dinikmati sebagai teh herba, tetapi juga digunakan sebagai bahan dalam kosmetik, produk menguruskan badan, sebagai ejen perisa dalam baking, memasak dan koktel dan juga sebagai rawatan untuk bayi yang terdedah kepada kolik.



khasiat daripada tumbuhan ini diperolehi daripada daun tumbuhan tersebut. Hal ini kerana pada zaman dahulu puak yang mendiami kawasan afrikan telah menggunakan daun tersebut sebagai penawar herba untuk pelbagai penyakit. Cara mempraktikkan penanaman dan penuaian ini telah berjaya menghasilkan teh yang sekaligus mengeluarkan rasa yang sungguh menakjubkan.









Berbanding dengan teh gred eksport super yang lain, Teh Rooibos Health Builders lebih baik kerana cara penghasilannya yang tersendiri. Pengekalan tradisi serta cara yang unik ini memastikan proses yang sama digunakan hari ini. Kini, ia tersedia untuk dinikmati bersama.




Terdapat beberapa jenama teh rooibos yang kini di pasarkan oleh beberapa syarikat










Kenapa harus memilih TEH ROOIBOS ORGANIK KELUARAN HEALTH BUILDER ?


HEALTH BUILDERS adalah syarikat tempatan yang pertama memasarkan teh Rooibos di Malaysia sejak tahun 1998. Herba yang menjadi rebutan syarikat gergasi di seluruh dunia ini kerana kelebihannya yang terbukti sangat sesuai untuk meningkatkan kesihatan dan merawat pelbagai penyakit. walaubagaimana pun syarikat HEALTH BUIDER telah dinobatkan sebagai syarikat pengeluar teh terbaik dunia.  ini kerana berdasarkan penilaian kualiti teh rooibos yang dikeluarkan oleh syarikat ini.





Health builder mempunyai teh rooibos yang lebih berkualiti daripada yang lain kerana ternyata jelas melalui fakta berikut:

1. Ditanam dan tumbuh secara organik untuk kesegaran mutu yang lebih baik

Secara organik ditanam dan tumbuh di puncak kawasan terbaik penanaman teh di Daerah Maskam di Afrika Selatan untuk menawarkan kebaikan asli, Teh Rooibos Organik Health Builders ialah sejenis teh unik yang menghasilkan rasa kesegaran herba berkualiti yang sukar ditandingi. 

2. Daerah Maskam, secara geografi dianugerah dengan keadaan
terbaik untuk penanaman


Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan keadaan terbaik dan paling sesuai untuk penanaman tersebut. Suatu kenyataan bahawa pentingnya tahun ‘vintage’ dan kaitan ke atas rupa, warna, mutu keharumaan dan rasa daripada secawan teh tidak dapat dipersoalkan, rooibos – sejenis tanaman hidup bergantung kepada keadaan alam sekitar, altitud (ketinggian), jenis tanah, keadaan cuaca seperti hujan, kabus di peringkat tertentu pada hari tersebut, kehampiran dengan laut dan sebagainya. Secara geografi, Daerah Maskam dianugerah dengan kesemua yanag disebutkan di atas untuk penanaman teh rooibos.

3 Tumpuan hanya pada Rooibos

Para petani di Daerah Maskam hanya menumpukan kepada penanaman rooibos. Penumpuan ini memastikan bahawa estet rooibos memenangi hadiah penghasilaan mutu terbaik dalam industri ini. Penumpuan menanam rooibos, dengan dibantu oleh iklim mikro unik menghasilkan teh rooibos herba bermutu yang sukar ditandingi. Tidak seperti petani di Daerah Sanveld yang menanam lain-lain hasil tanaman selain rooibos, petani-petani di Daerah Maskam lebih mementingkan selok-belok penanaman rooibos.

4. Altitud (ketinggian), faktor kemenangan

Walaupun rooiboi boleh ditanam di sebarang ketinggian, iklim mikro amatlah dititik-beratkan. Syarat utama ialah lebih tinggi ia ditanam, teh yang lebih baik akan dihasilkan. Sebabnya adalah mudah:  udara yang lebih sejuk menghalang kelajuan penumbuhan tanaman, dan dengan itu memaksa ia menghasilkan dedaun yang lebih lembut dengan mutu rasa yang lebih baik. Di altitud yang lebih rendah, keseluruhaan tanaman akan tumbuh dengan lebatnya, sekaligus menghasilkan ete yang lebih kasar dan  mempunyai rasa yang kurang sedap / elok. Ketinggian di atas paras laut bagi Daerah Maskam ialah kira-kira 900m dan bagi Daerah Sanveld ialah 450m. Purata suhu musim panas dan musim sejuk ialah masing-masing 25 darjah dan 19 darjah. Iklim mikro suhu rendah altitud tinggi ini telah berjaya meraihkan 7 anugerah pingat emas untuk daerah ini, sepanjang 10 tahun lalu.
Kawasan gunung-gunung tersebut yang terletak di dalam dan di atas jalur kabus mempunyai tanah-tanih terbaik yang sesuai untuk penanaman serta penghasilan rooibos yang terbaik. Dari dulu hingga sekarang, di kawasan inilah terdapat rooibos yang tumbuh meliar secara asli.


Visi & misi

Kaedah yang digunakan juga menyumbang kepada cara penghasilan terakhir rooibos. Kemudahan pempasteuran yang terletak di tengah kawasan pengeluaran Maskam, menunjukkan bahawa ia berada di lokasi strategik yang memudahkan kesemua proses teh rooibos yang dikutip dari daerah sekeliling.
Pengeluar kami, Maskam Redbush Limited mempunyai visi untuk mengeluarkan teh rooibos bermutu tinggi yang paling konsisten dan memberi suatu barangan berintegriti kepada pelanggan yang dibuat melalui kawalan proses asli dari mula hingga akhir … dari tanaman hingga ke cawan.
Disebabkan industri ini sentiasa berubah, Maskam Redbush Limited juga berniat untuk menetapkan tahap baru bagi industri rooibos serta memaju dan menaikkan taraf keseluruhan industri untuk faedah semua yang terlibat.
Sebab itulah dengan gabungan semua ciri jualan unik (USP) –dari daerah asal di mana tanaman teh rooibos ditanam, sehingga ke proses pengeluaraan sebenar, cara pemasaran dan akhirnya sehingga ke mutu teh di dalam cawan, Teh Rooibos Organik Health Builders telah disahkan oleh Ecocert International of Germany sebagai menepati syarat-syarat Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) mengenai pengeluaran barangan organik.
Ini bermakna yang Teh Rooibos Organik Health Builders adalah bebas daripada bahan kimia. Sesungguhnya, ia bersih dan asli. Anda kini dapat menikmati kebaikan khasiat Teh Rooibos Organik Health Builders tanpa perlu bimbang tentang bahan kimia.


 
Keistimewaan Teh Rooibos Health Builder:
  • Tulen dan asli, tidak mengandungi kafein, bahan tambahan, pengawet atau pewarna tiruan. Kandungan taninnya kurang
  • Mengandungi S.O.D. (Superoxide Dismutase). S.O.D. dapat meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas. Selain menghalang ketuaan, ia juga dapat memperbaiki kerosakan sel
  • Membantu mengurangkan pigmen melanotik dan menjadikan kulit lebih halus
  • Membantu mengurangkan peroksida lipid
  • Kaya denga anti-oksida bioflavonoid yang dapat menambahkan kekuatan kapilari, meningkatkan peredaran, menghalang pendarahan dan melindungi jangkitan
  • Membantu melegakan insomnia, kekejangan perut, sembelit dan bagi bayi yang menghidap kembung (kolik)
  • Membantu melegakan demam, asma serta keresahan dan kegusaran
  • Dapat melegakan kesan pada kulit apabila disapu terutama ruam lampin dan penyakit kulit seperti ekzema dan jerawat
  • Ia adalah minuman tanpa kalori yang dapat menenangkan keadaan, dan sesuai untuk mereka yang mementingkan pengawalaan berat badan
  • Baik untuk menghilangkan dahaga terutama bagi para atlit
  • Bertindaak sebagai tambahan bagi kalsium, mangan dan flourida yang diperlukan tiap-tiap hari oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan juga untuk gigi dan tulang yang kuat
  • Membantu mengurangkan jumlah asid urik dalam badan
  • Membantu memulihkan keletihan akibat senaman
  • Membantu memelihara dan meningkatkan tahap tenaga
  • Membantu membersihkan darah dalam sistem dan juga mengawal tekanan darah
  • Dapat membantu mengurangkan paras kolesterol
  • Dapat mengurangkan nafas berbau
  • Dapat membantu mententeramkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh minuman keras
Teh Rooibos HB dapat membantu:
  • Membersihkan sistem darah dari keracunan dan seterusnya melancarkan peredaran darah
  • Membersihkan sistem penghadaman terutama usus besar yang tersimpan kekotoran sisa
  • Membuang lemak dan kolesterol yang berlebihan
  • Bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi sel-sel dari rosak
  • Melambatkan proses tua
  • Membantu mempercepatkan proses khasiat makanan 
Ciri-ciri kesihatan dan data analitik
Program-program penyelidikan saintifik yang dijalankan oleh banyak institusi yang diiktiraf menunjukkan bahawa Teh Rooibos Organik Health Builders mempunyai faedah-faedah kesihatan. Antaranya ialah
  • Kaya dengan bahan ‘volatile’, bebas daripada kafein dan mempunyai kandungan tannin yang rendah
  • Membantu bagi perkembangan tulang dan gigi yang kuat
  • Mengandungi elemen-elemen yang menjadikan kulit sihat
  • Mengandungi mangan, penting untuk sistem urat saraf yang sihat
  • Mengandungi besi, kalium, koprum dan bahan galian untuk fungsi-fungsi metabolic
  • Tidak mengandungi asid oxalic dana oleh itu boleh dinikmati oleh mereka yang mengidapi karang buah pinggang
  • Baik untuk bayi yang bermasalah seperti kolik, kembung perut dan ruam lampin
  • Secara klinikal, ia kerap ditetapkan untuk ketegangan urat saraf, alah dan lain-lain masalah perut dan penghadaman
  • Mengandungi lebih daripada 37 anti-oksidan
  • Tidak mengandungi bahan aditif, pengawet dan pewarna dan ia adalah bersih dan suci. Secara umumnya, ia juga menyumbang secara purata kepada usaha untuk memanjangkan jangka hayat hidup manusia

Nilai khasiat pemakanan
Satu cawan (3g / 200ml) Teh Rooibos Organik Health Builders mengandungi bahan-bahan berikut:
Nutrien  Kandungan Nutrien
Besi     (Fe)  0.07mg
Kalium  (K)   7.12mg
Zink  (Zn)       0.04mg
Mangan (Mn) 0.04mg
Kuprum (Cu)       0.07mg
Kalsium    (Ca)   1.09mg
Natrium  (Na)   6.16mg
Magnesium   (Mg)  1.57mg
Fluorida   (F)    0.22mg


ZINK BERFUNGSI:
•anti-penuaan melalui peranan sebagai anti-oksidan
•menghadkan pengeluaran radikal bebas yang dihasilkan oleh tubuh secara semulajadi
•penting untuk penghasilan insulin, kekuatan imunisasi dan kesihatan kelenjar
•meningkatkan deria persepsi
•mempercepatkan penyembuhan yang perlu untuk kesihatan kulit
•merupakan makanan otak/brain food dan boleh meningkatkan keupayaan minda
•kekurangan Zink boleh menyebabkan badan berbau
•Mengelak jangkitan dan pembesaran tidak normal prostat

BESI (Fe) – 0.07mg setiap 200ml
Zat besi adalah mineral yang bergabung dengan protein-protein dan kuprum bagi menghasilkan hemoglobin untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.

KALIUM – 7.12mg setiap 200ml
Purata keperluan kalium untuk dewasa ialah 4.7g setiap hari, menurut National Institute of Health, USA. Makanan yang kaya kalium antaranya ialah pisang, soya, yogut, susu, potato, kacang dan kacang tanah. Kalium adalah mineral yang memain peranan kritikal pada banyak fungsi harian tubuh. Dari memastikan jantung berdenyut dengan sempurna kepada penghasilan protein-protein tertentu.
Kalium membantu dalam penghasilan enzim-enzim yang menghancurkan/mencerna nutrien-nutrien dan juga pengumpulan protein. Protein tidak dapat dihasilkan tanpa metabolisma bahan makanan yang sempurna. Oleh itu, kalium bekerja menghancurkan/mencerna bahan makanan dan juga membantu penghasilan protein-protein perlu

Kalsium   (Ca)  1.09mg setiap 200ml
Kalsium adalah mineral komponen penting dalam tulang. Ia berfungsi terutama dalam tubuh untuk menjadikan tulang dan gigi yang kuat. Yang lain berada dalam darah dan tisu-tisu lembut anda; ia membantu otot-otot anda mengecut/kontrak dan darah untuk membeku/klot. Kalsium juga membantu sistem saraf anda berfungsi dengan betul. Setiap sel memerlukan kalsium untuk hidup.

MAGNESIUM (Mg) – 1.57mg setiap 200ml
Magnesium mengaktifkan lebih 100 enzim dan membantu fungsi-fungsi saraf dan otot, menukarkan gula darah kepada tenaga, anti-depresi, tekanan darah, mengelak darah menjadi pekat, mengelak pembentukan batu karang buah pinggang dan batu karang hempedu, asma dan sistem pernafasan.
Magnesium adalah mineral kritikal untuk osteoporosis dan struktur rangka atau skeletal

FLUORIDA (F) – 0.22mg setiap 200ml
Fluorida menghalang berlakunya kaviti (rongga) gigi pada kanak-kanak apabila paras kandungan fluorida dalam air tidak mencukupi. Menggangu tumbesaran dan perkembangan baketria yang menyebabkan plak gigi.

MANGAN (Mn) – 0.04mg setiap 200ml
Mangan adalah mineral yang menyuburkan otak dan pusat saraf, dan membantu metabolisma gula dan lemak. Mangan bertindak bersama-sama dengan kalsium untuk menyuburkan, tumbesaran dan pertumbuhan tulang.



selain itu apa kah keistimewaan kandungan yang terdapat dalam teh rooibos organik?

 ia mengandungi anti-oxida iaitu Superoxide dismutase (SOD), aspalathin, nothofagin, quercetin, rutin, isoquercitrin, orientin, isoorientin, luteolin, vitexin, isovitexin, chrysoeriol, eugenol, caffeic acid, protocatechuic acid, ferulic acid, ascorbic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid, vanillic acid dan syringic acid. 

(superoxide SOD)
enzim yang berfungsi memperbaiki sel-sel dan mengurangkan kerosakan keatas mereka oleh superoxide, radikal bebas paling lazim dalam tubuh. -- anti-oksidan yang kuat- anti-radang; mengurangkan bengkak dan kesakitan

 ( ASPALANTIN)
menurunkan paras kolesterol jahat (low density lipoprotein) dan meningkatkan paras kolesterol baik
(high density lipoprotein)
-merangsang pengeluaran insulin di kelenjar penkreas dan menggalakkan
penyerapan glukos ke seluruh tisu/badan
-- sangat poten/kuat memangsa radikal bebas = anti-penuaan yang kuat

NOTHOFAGIN
-- terbukti mengawal dari serangan jantung, kanser
dan strok
-- pemangsa kepada radikal bebas

QUERCETIN
-- menghalang penghasilan asid urik, cara sama seperti
dadah allopurinol bertindak
-- menyebabkan sel-sel kanser “membunuh diri”
-- menghalang pertumbuhan sel-sel kanser usus dan
tiroid
-- mengurangkan pertumbuhan tumor
-- menghalang pembentukan peroksida lipid

CHRYSOERIOL
-- Menyerang radikal bebas
-- Merendahkan tekanan darah tinggi
-- melegakan sesak nafas
-- anti-tumor, anti-virus, anti-bakteria
-- anti-radang
-- melegakan kekejangan

RUTIN
-- menghalang berlakunya penggumpalan platelet dan
oleh itu menjadikan darah sentiasa lebih nipis dan
memperbaiki peredaran darah
-- anti-radang. Diguna untuk rawatan penyakit usus seperti
buasir dan varises esofgeal
-- menghalang penyakit dyskinesia
-- mengawal kandungan kolesterol jahat (LDL)
-- untuk kesihatan saluran darah



Penyediaan
Masukkan 1 uncang Teh Rooibos ke dalam teko yang berisi 1.5 liter air panas. Rendamkan selama 5 minit. Semua ahli keluarga dapat menikmati rasa kesegarannya.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan atau ingin mengawal berat badan, masukkan 1 uncang ke dalam cawan, rendam dan kemudian minum. Sesuai untuk semua peringkat umur.
Teh Rooibos boleh diminum pada bila-bila masa, mengikut kemahuan dan keperluan anda. Ia boleh diminum bersama perahan limau, gula, madu atau susu, mengikut citaarasa anda.
Teh Rooibos juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kesukaran untuk tidur. Rendam 1 uncang dan nikmati ia satu jam sebelum tidur.





TAHAP KESIHATAN 100% TERJAGA APABILA KITA AMALKAN ROOIBOS


Rooibos sememangnya dikenali sebagai satu minuman kesihatan yang memberi kesembuhan kepada pelabagai jenis penyakit yang merbahaya mahupun penyakit yang ringan-ringan sahaja. Kelebihan yang ada pada rooibos menyebapkan ianya mampu merawat penyakit secara semula jadi. Kandungan anti oksidan yang tinggi pada rooibos membantu menghalang proses radikal bebas yang berlaku dalam tubuh badan kita.  Radikal bebas sememangnya sukar untuk dielak oleh setiap masyarakat yang tinggal di bumi ini kerana ianya berlaku dimana-mana sahaja dan hampir setiap masa. Dalam kehidupan kita sering didedahkan dengan persekitan yang tidak sihat dan kita tidak mempunyai kuasa veto untuk menidakkan masalah seperti ini kerana ia merupakan amalan sehari-hari bagi sesetengah individu. Antaranya ialah amalan merokok oleh sesetengah masyarakat. merupakan amalan yang tidak sihat dan juga memberi impak kepada orang sekeliling melalui asap rokok yang mengandungi bahan hidrogen sianida, benzene dan karbon monoksida yang akan menyebapkan kerosakan paru-paru dan jantung.

Oleh itu, apa yang kita mampu lakukan adalah dengan mencegahnya sahaja. Tubuh badan kita sememangnya juga mempunyai Anti-oksidan yang natural untuk menentang proses radikal bebas namum ianya tidak mencukupi kerana sedikit sahaja. Rooibos mengandungi pelbagai jenis anti-oksidan pada kuantiti yang sangat tinggi. Rooibos membantu tubuh badan kita mendapatkan anti-oksidan untuk menghalang proses radikal bebas yang berlaku setiap hari. Kita seharusnya lebih peka dengan situasi ini kerana jika ia dibiarkan begitu sahaja ia akan mendatangkan impak yang tidak baik dengan kesihatan di masa akan datang.

Jangan Hairan sekiranya , semakin hari semakin bertambah masalah kesihatan yang kita alami, ini bermakna ia disebapkan oleh kehidupan kita di masa lampau. So cuba anda bayangkan pada hari berikutnya, jika kita tidak mempunyai kesedaran dari sekarang kemungkinan ia boleh bertambah sangat teruk dan boleh meragut nyawa di masa akan datang.

Apa yang penting untuk kita semua ialah bertindaklah dari sekarang. Anda boleh mencipta kehidupan yang sihat bermula dari dalam diri sendiri, melalui institusi keluarga, seterusnya kepada dalam lingkungan masyarakat.






who yang disembukan?


when disembuhkan?



kenapa sembuh?

bagaimana sembuh ?















11 comments:

  1. Thank you for the article. Mau nanya bisa beli di mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hubungi saya jugak di 012-3171069
      sbb tgk tak terjwb soalan puan..saya ingin berkongsi dgn puan jadi boleh whatapps

      Delete
    2. boleh hubungi saya jugak di 012-3171069
      sbb tgk tak terjwb soalan puan..saya ingin berkongsi dgn puan jadi boleh whatapps

      Delete
  2. Untuk ibu hamil boleh minum tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,pn hidayah ilusi. untuk ibu-ibu hamil disarankan untuk minum teh rooibos organik bagi memastikan ibu-ibu mendapat nutrisi yang secukupnya. Selain itu, mengamalkan teh rooibos ketika mengandung juga mampu mencegah masalah-masalah kesihatan ketika hamil seperti kekurangan darah, masalah bacaan gula tinggi, serta mencegah bayi dari penyakit kuning (jaundis)

      Delete
  3. Kandungan berapa bulan boleh mengamalkan rooibos tea ni??

    ReplyDelete
  4. Stokis di mana sya boleh dapatkan rooibos ni..di sabah ada stokis tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak updates lokasi terkini untuk sabahan boleh hubungi 0132270017 (ev) atau walk in di 1 borneo mall , ground floor di box gallery

      Delete
  5. Kandungan baru 8 minggu boleh ke minum teh rooibos nie?

    ReplyDelete
  6. Istilah teh dlm akta makanan 1983 adalah hasil dari satu atau beberapa jenis Camelia...minta komen

    ReplyDelete
  7. Untuk ibu yang menyusu boleh minum ke?

    ReplyDelete

hello alls, kini anda boleh berkongsikan segala perkara yang berkaitan dengan kesihatan di ruangkan ini. kongsikan juga pendapat anda, pengalaman anda, dan info berguna di ruangan ini untuk memudahkan kita berkongsi maklumat.